 | |
 | DeCARE: Singkatan kepada “Children and Adult Road Education” adalah merupakan satu Program Keselamatan Jalan Raya di Putrajaya yang diperkenalkan untuk semua peringkat umur dan dikendalikan oleh Unit Keselamatan Jalan Raya, Perbadanan Putrajaya. |
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), kebanyakkan kemalangan yang berlaku adalah berpunca daripada sikap manusia itu sendiri. Sehubungan dengan itu, program DeCARE ini dirangka sebagai suatu modul kearah pembentukan dan perubahan sikap serta “polish system” kepada Warga Putrajaya, terutamanya bagi generasi baru dalam menangani isu keselamatan jalan raya. Kejayaan pelaksanaannya di Putrajaya akan menjadi dorongan bagi program ini di ketengahkan untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia.
Sehubungan dengan itu, Putrajaya telah dipilih oleh Kerajaan untuk mencapai Wawasan Sifar Kemalangan Maut di Jalan Raya dan sudah pastilah pencapaian wawasan ini memerlukan kepada pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti keselamatan jalan raya secara berterusan. Program DeCARE ini merupakan suatu program intervensi yang bersifat konklusif bagi mewujudkan satu fenomena sihat dan bebas daripada kemalangan maut jalan raya di Putrajaya.
Aktiviti-aktiviti DeCARE meliputi:-
Smart DeCARE
Putrajaya Xplorasi DeCARE
Community Based Programme (Program Berasaskan Komuniti)
- Penubuhan 'Road Safety Crew'
Safer Route To School
- Aktiviti bersama Pelajar Pra Sekolah
- Kempen ‘Drop Zone’
- Jom Berjalan Jom Berbasikal
- 'Walking School Bus'
‘Child Road Safety Month’ Putrajaya
‘Kempen ‘Road Safety Awareness’
Forum
- Makluman Program/aktiviti
| | Semua agensi Kerajaan/Swasta/Persatuan Komuniti/NGO/dll yang berminat untuk menyertai program/aktiviti yang dirancang oleh Unit Keselamatan Jalan Raya, Perbadanan Putrajaya bolehlah memberi maklumbalas kepada pihak urusetia seperti berikut: 03-8887700 sambungan berikut; |
| | i. Roslan Mohd Hasyim | - | 7397 (roslan_h@ppj.gov.my) |
| | ii. Norhafiza Mohd Noor | - | 8027 (fiza@ppj.gov.my) |
| | iii. Faizul Azlan Azman | - | 8027 (f_azlan@ppj.gov.my) |