bg1icon  bg2icon  bg3icon  Reset    decrease   reset   increase   voice    
 | 
 
register
Mobile contact_us FAQ links help sitemap
Bumi Hijau/Kebun Komuniti
Pengenalan
Kebun komuniti KK2 yang diusahakan oleh penduduk kejiranan P9A, mula bergerak sebagai satu entiti rasmi dengan tertubuhnya jawatankuasa penduduk dengan tujuan agar komuniti setempat dapat menangani isu-isu semasa seperti keharmonian dan keselamatan kawasan kejiranan P9A. Kebun ini mula diusahakan oleh penduduk sejak tahun 2008. Perbadanan Putrajaya mengambil inisiatif untuk menjadikan kebun ini sebagai salah satu kebun komuniti dibawah Program Bumi Hijau pada tahun 2009.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk P9A P9A:-
Encik Ahmad Fairuz bin Mohammad



Pelan Cadangan Kebun Komuniti KK2, di kawasan kejiranan P9A, Presint 9, Putrajaya




Tapak Kebun Komuniti P9A atau KK2 terletak di kawasan Taman Rimba Desa Presint 9. Taman Rimba Desa adalah salah satu daripada 12 taman metropolitan Putrajaya. Taman metropolitan didefinasikan sebagai sebuah taman awam yang mampu memenuhi keperluan riadah bagi pelawat serta penduduk dan mempunyai ekses terus dan mudah dari luar Putrajaya. Manakala, taman kejiranan pula adalah dirancang khas untuk kegunaan masyarakat setempat dengan mengambilkira kemudahsampaian utama dengan berjalan kaki.

Kawasan kejiranan P9A terutamannya penghuni rumah terletak bersebelahan taman ini merupakan antara mereka yang amat beruntung kerana pada tanggal 26 September 2008 Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Perbadanan Putrajaya (JKPP) telah meluluskan cadangan untuk membenarkan penduduk bercucuk tanam di kawasan berkenaan dibawah Program Bumi Hijau.

Susulan daripada itu, beberapa mesyuarat telah diadakan dengan Jawatankuasa Protem penduduk setempat bagi menyelaraskan keperluan berpersatuan dan pendaftarannya agar penduduk dapat bergerak menentukan hala tuju persatuan masing-masing.
 
 
Pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk P9A Penduduk yang hadir pada majlis perjumpaan Perbadanan Putrajaya bersama penduduk yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Masyarakat, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya.
   
 
Pemilihan Ahli Jawatankuasa Penduduk yang dipengerusikan oleh Pengerusi JK Penduduk yang baru.  


Antara keperluan-keperluan yang diperlukan oleh komuniti bagi menjayakan Kebun Komuniti KK2 Presint 9 sepertimana perbincangan awal dengan JKP P9A pada 19 Jun 2009:

  • Peralatan berkebun
  • Pengairan
  • Kayu landasan keretapi terpakai
  • Rumah fertigasi
  • Outreach Center
  • Tea House
  • Pasar Bumi Hijau (Farmer’s Market)
  • Tangki Tuaian Air Hujan
  • Stor bekalan
  • Papan tanda kebun
  • Laluan pejalan
  • Ekses ke Kebun

KK2, Presint 9 - Pengerusi JK Penduduk Encik Ahmad Fairuz dan Pengerusi Biro Bumi Hijau Encik Mat turut hadir pada jam 10:00 pagi 10 Jan 2010 berbincang mengenai kerja pemasangan petak tanaman di kawasan yang telah diluluskan oleh Perbadanan Putrajaya untuk aktiviti berkebun penduduk yang telah memohon menyertai Program Bumi Hijau Putrajaya.


Intipati Perbincangan & Persetujuan Bersama JKP P9a & PPj

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Encik Ahmad Fairuz Othman serta Pengerusi Biro Bumi Hijau, Encik Mat berbincang dengan wakil Perbadanan Putrajaya (PPj) mengenai perlaksanaan kerja pemasangan pada 10 Januari 2010 dan bersetuju agar :-

  1. Perbadanan Putrajaya telah meluluskan permohonan penduduk untuk mendapatkan kayu landasan keretapi. Setiap peserta yang memohon untuk menyertai program dan diluluskan oleh JKPP Perbadanan Putrajaya akan mendapat 2 buah petak tanaman bersaiz 2mX1m yang diperbuat daripada kayu landasan keretapi terpakai.
  2. Pemasangan petak tanaman bagi peserta-peserta yang dipersetujui (diluluskan) di belakang kediaman masing-masing dengan kedudukan secara melintang dan berkembar dengan jarak lebih kurang 6 meter dari longkang belakang kediaman bermula 12 Januari 2010.
  3. Perletakan petak walau bagaimanapun akan mengambilkira tanaman sediada di kawasan tersebut. Dipersetujui sekiranya perlu, pemindahan tanaman akan dibuat oleh peserta sendiri.
  4. Semua permohonan baru dari penduduk setempat akan dikemukakan kepada Perbadanan secara berkelompok oleh Pengerusi Jawatankuasa Penduduk bagi memudahkan perolehan bekalan kayu landasan keretapi terpakai untuk membina petak tanaman berikutnya. Tidak termasuk didalam 36 unit sediada.
  5. Pihak Perbadanan meminta agar Jawatankuasa Penduduk memaklumkan kepada peserta dan penduduk lain mengenai persetujuan sebagaimana diatas.

 
KK2, Presint 9 - Kerja-kerja pengukuran bagi tujuan setting out bagi pemasangan petak tanaman sayur-sayuran. KK2, Presint 9 - Penduduk Encik Zulkefli Omar dan isteri bertemu wakil Perbadanan membincangkan kaedah perlaksanaan kerja kebun komuniti kawasan kejiranan mereka.

Maklumat ini hanya dalam versi BM.

button