bg1icon  bg2icon  bg3icon  Reset    decrease   reset   increase   voice    
 | 
 
register
Mobile contact_us FAQ links help sitemap
Soalan Lazim

Unit Promosi & Pelancongan

1. Bagaimana untuk mengetahui acara yang akan berlangsung di Putrajaya?

Sila layari Laman Web www.ppj.gov.my dan klik Kalender Acara Putrajaya 2010 pada ikon sebelah kiri sebelah kanan laman web berkenaan.

2. Apakah prosedur untuk menganjurkan sebarang acara di Putrajaya?

Prosedur Penganjuran Acara di Putrajaya adalah seperti berikut :

1. Seseorang pemohon/ Syarikat boleh memohon penganjuran acara di Putrajaya dengan menghantar kertas cadangan dan menulis surat iringan kepada :

Timbalan Pengarah Perhubungan Awam
Bahagian Perhubungan Awam,
Jabatan Perkhidmatan Korporat,
Perbadanan Putrajaya,
Komplek Perbadanan Putrajaya ,
No 24, Jalan Persiaran Perdana, Presint 3,
62675 Putrajaya.
Tel : 03-8887 7033
Faks : 03-8887 5033

2. BPA akan memanjangkan permohonan untuk ulasan dari jabatan berkaitan di Perbadanan Putrajaya.
3. Jabatan berkaitan akan berbincang jika memerlukan penjelasan lanjut daripada pemohon.
4. Satu lawatan tapak akan diadakan bersama pemohon jika perlu daripada PPj.
5. Surat Kebenaran akan dikeluarkan kepada pemohon setelah mendapat ulasan daripada semua jabatan di Putrajaya.

3. Apakah prosedur untuk menjalankan penggambaran di Putrajaya
  1. Sebarang permohonan aktiviti fotografi dan penggambaran mestilah menggunakan borang ini dan disertakan dengan surat iringan. Sila alamatkan kepada Timbalan Pengarah Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Perkhidmatan Korporat , Perbadanan Putrajaya, Kompleks Perbadanan Putrajaya, No. 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Putrajaya, No. Tel: 03-88877033, No. Faks: 03-88875013.
  2. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 7 HARI BEKERJA sebelum tarikh penggambaran. Permohonan lewat TIDAK AKAN DILAYAN.
  3. Borang ini adalah percuma dan boleh juga diperolehi menerusi laman web Perbadanan Putrajaya (www.ppj.gov.my).
  4. Bayaran hendaklah dijelaskan sebelum penggambaran boleh dimulakan.
  5. Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak/individu yang menjalankan penggambaran tanpa kelulusan dari Perbadanan Putrajaya.
4. Apakah kadar caj penggambaran di Putrajaya?
Jenis Aktiviti
Penggambaran
Kadar Caj
Rm)
Catatan Lain-Lain
Iklan Tempatan 2,500
(1 hingga 3 hari)
 (setiap hari)
Story Board perlu disertakan Insuran “public liability” sekiranya perlu
Luar Negara 2,500
(1 hingga 3 hari)
Drama Tempatan 250
(1 hingga 3 hari)
Sinopsis cerita perlu disertakan Insuran “public liability” sekiranya perlu
Luar Negara 2,500
(1 hingga 3 hari)i
2,500
(1 hingga 3 hari)
Tempatan 250
(1 hingga 3 hari)
Sinopsis cerita perlu disertakan Insuran “public liability” sekiranya perlu
Luar Negara 2,500
(1 hingga 3 hari)
Dokumentari Tempatan 250
(1 hingga 3 hari)
Story Board perlu disertakan beserta surat kelulusan Wisma Putra Insuran “public liability” sekiranya perlu
Luar Negara 500
(1 hingga 3 hari)
Kerajaan

Agensi

Percuma Surat permohonan dan sokongan Insuran “public liability” sekiranya perlu
Kerjasama
Lain-lain   250 – 2,500
/hari
Surat permohonan dan sokongan Insuran “public liability” sekiranya perlu
5. Adakah perlu mendapat kebenaran untuk melawat Putrajaya?

Tak Perlu. Kebenaran hanya diperlukan bagi mengadakan lawatan berpandu dan bertaklimat di Putrajaya.

6. Bagaimana nak mendapatkan khidmat lawatan berpandu di Putrajaya?
PPj hanya menyediakan khidmat lawatan berpandu bagi lawatan secara secara berkumpulan dari sekolah menengah , persatuan, agensi kerajaan dan NGO.
7. Apakah prosedur lawatan rasmi ke Putrajaya?

Pemohon bolehlah menulis surat rasmi dengan menyatakan perkara berikut :

1) Tujuan Lawatan- lawatan
2) Bilangan delegasi/pelawat
3) status ketua delegasi/pelawat

dan dialamatkan kepada :

Timbalan Pengarah Perhubungan Awam
Bahagian Perhubungan Awam,
Jabatan Perkhidmatan Korporat,
Perbadanan Putrajaya,
Komplek Perbadanan Putrajaya ,
No 24, Jalan Persiaran Perdana, Presint 3,
62675 Putrajaya.
Tel : 03-8887 7033
Faks : 03-8887 5033

 

8. Adakah terdapat pusat informasi Pelancongan Putrajaya. Jika Ada, dimanakah lokasi pusat tersebut?

Ada. Terdapat dua lokasi Pusat Infomasi Putrajaya(I-Centre) iaitu di hadapan Kompleks Kerajaan di Parcel B, Presint 1 dan di Putrajaya Sentral (hentian bas ,teksi dan ERL Putrajaya).

9.Bagaimana carakah untuk mendapatkan maklumat berkaitan Putrajaya?

Layari Laman Web www.ppj.gov.my

10.Maklumat pegawai untuk dihubungi
Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila hubungi :-

Nama : Rozimah Binti Wahid
Bahagian/unit : Unit Promosi Dan Pelancongan
No. Telefon : 03-8887 7159
Email : rozimahmadzlan@ppj.gov.my@ppj.gov.my


Kembali

button