bg1icon  bg2icon  bg3icon  Reset    decrease   reset   increase   voice    
 | 
 
register
Mobile contact_us FAQ links help sitemap
Taman Wetland

Wujud, Meneroka dan Mengalami

Taman Wetland

Info Taman

’Ekosistem Alam dan Manusia’

Taman Wetland Putrajaya terletak di atas wetland pertama buatan manusia di Malaysia dan terbesar di Tropika. Taman ini menyimpan pelbagai keunikan untuk dijelajah bersama rakan dan keluarga.

Antara tarikan utama di sini adalah 24 sel wetland yang bertindak sebagai penapis air semulajadi dari Sungai Chua dan Sungai Bisa sebelum dialirkan ke tasik Putrajaya. Sel ini telah ditanam dengan lebih dari 70 spesies tumbuhan dan menjadi habitat kepada pelbagai haiwan akuatik, burung, ikan, serangga dan mamalia. Keunikan alam semulajadi menjadikan taman ini lokasi sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti aktiviti perkhemahan, eksplorasi alam dan sebagainya.

Tarikan :

  • Menara Pandang Jauh
  • Kolam Flamingo
  • Pusat Penghayatan Alam
  • Sel @ Rawang Wetland

Kemudahan Yang Disediakan

  • Pusat Penghayatan Alam
  • Laluan Jogging dan Basikal
  • Kawasan Perkelahan
  • Tapak Perkhemahan
  • Padang Semarak
  • Padang Merbuk
  • Kemudahan BBQ
  • Surau
  • Kafe

Maklumat Pelawat

A. Waktu Operasi  

PUSAT PENGHAYATAN ALAM
(Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin, Hari Raya Pertama dan Kedua  Aidil Fitri dan Aidil Adha)
9:00 pagi – 5:00 petang (Selasa – Jumaat)
9:00 pagi – 5:30 petang (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

PEOPLE MOVER STATION (PMS)
(Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin, Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri dan Aidil Adha)
9:00 pagi – 5:30 petang (Selasa – Jumaat)
9:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

MAINTENANCE DAY
Perkhidmatan taman akan ditutup setiap HARI ISNIN untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
*Taman Wetland Putrajaya masih dibuka untuk lawatan dan aktiviti riadah biasa

TAMAN DIBUKA

Setiap Hari
7.00 pagi – 7.00 petang

B. Pakaian

Para pengunjung digalakkan untuk memakai pakaian yang bersesuaian dan selesa untuk aktiviti beriadah, berkelah bersama keluarga atau bersenam.

C. Peta ke Taman

D. Memandu
GPS koordinat : E 101°42’3.9” N 2°56’33.5”

E. Hubungi Kami

Bahagian Interpretif dan Pendidikan Taman,
No Telefon : +603-8887 7139

Taman Wetland Putrajaya,
Presint 13, 62300 Putrajaya, Malaysia

No. Telefon   : +603-8887 7774
No Faks        : +603-8887 5036
Emel             : putrajayawetland@gmail.com

Pages: 1  2  

button